Saturday, July 26, 2008

KESILAPAN IBU BAPA DIDIK ANAK

  • Kesilapan ibu bapa didik anak

  • PERNAHKAH terfikir bahawa sebagai orang tua, banyak perkara yang anda lakukan salah dalam mendidik anak-anak? Pakar motivasi dan psikiatri sering mencari punca mengapa anak-anak menjadi liar, tidak mendengar kata, melawan orang tua dan pelbagai salah laku oleh segelintir anak-anak terhadap kedua ibu bapa mereka.Dalam mendidik anak, mungkin cara ibu bapa salah. Dalam proses tumbesarannya, anak-anak pasti melalui pelbagai perkara yang mungkin boleh membuat mereka terdorong melakukan sesuatu di luar jangkaan.Apabila melihat kelakuan anak-anak itu, semestinya ia dikaitkan dengan cara didikan ibu bapa.Justeru, mari kita selidik kesilapan ibu bapa sehingga menyebabkan kesan negatif anak-anak. Antaranya:

  • 1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat. 2. Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat. 3. Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak. 4. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak. 5. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak. 6. Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan. 7. Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan. 8. Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak. 9. Kurang melahirkan kasih sayang. 10. Sering mengeluh di hadapan anak-anak. 11. Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah. 12. Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan. 13. Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak. 14. Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak. 15. Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak. 16. Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca. 17. Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal. 18. Tidak menunjukkan contoh teladan yang baik di hadapan anak-anak. 19. Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak. 20. Terdapat jurang komunikasi di antara ibu bapa dengan anak-anak. 21. Tidak menggunakan bahasa yang betul. 22. Suka bertengkar di hadapan anak-anak. 23. Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak. 24. Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat. 25. Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak. 26. Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak. 27. Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak. 28. Tidak menunjukkan minat terhadap aktiviti anak-anak. 29. Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak. 30. Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak. 31. Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak. 32. Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak. 33. Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak. 34. Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. 35. Sering mengancam dan menakutkan anak-anak. 36. Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan. 37. Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak. 38. Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak. 39. Tidak tegas mendidik anak-anak. 40. Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama.
    Emel Artikel Cetak Artikel

No comments: